SYUKURI NIKMAT TUHAN

TERIMA KASIH


Salam,

Terima kasih kepada yang masih sudi mengunjungi blog ini walaupun lama saya tak menulis. Alhamdulillah, tugas saya untuk menjawab segala tuduhan mahupun salah anggap dari mereka yang anti MLM terhadap produk dan perniagaan 4Life telah saya anggap selesai. Selebihnya, biarlah anda yang membaca menilai sendiri dengan menggunakan kebijaksanaan yang telah dikurniakan olehNya. Pada artikel pertama untuk tahun 2011 ini, suka saya imbas kembali beberapa perkara agar anda lebih memahami tentang produk ini. Semoga ianya membantu.

Secara mudah, kita boleh berfikir dengan waras tentang beberapa perkara bersangkutan produk yang dijual iaitu 4Life Transfer Factor. Ramai yang masih meragui bahawa ianya adalah produk makanan kesihatan yang terbaik setakat hari ini (esok lusa tiada siapa yang tahu). Ramai orang (penjual produk makanan kesihatan) boleh mendakwa dengan pelbagai dakwaan bahawa produk mereka no 1 dan terbaik di dunia, ini adalah lumrah dalam perniagaan (tiada siapa akan kata produk yang mereka jual no 2 apatah lagi no 3 selepas produk A atau B). Dakwaan ini berlaku ke atas apa saja produk dan perniagaan baik yang dijalankan secara MLM mahupun konvensional. Tetapi, sebagai pengguna atau bakal pengguna, kita perlu menilai sendiri sesuatu produk tersebut dengan pelbagai cara. Mungkin dengan pencarian maklumat berkenaan produk atau mencubanya sendiri (pengalaman sendiri lebih meyakinkan).

Saya memilih untuk memperkenalkan produk 4Life Transfer Factor kerana yakin dengan kajian demi kajian yang telah dijalankan sebelum ujudnya produk yang dijual oleh syarikat 4Life ini. Seperti yang saya pernah katakan, Transfer Factor adalah Transfer Factor, satu MOLEKUL yang Allah ciptakan sebagai salah satu component dalam sistem imun bagi melindungi diri kita dari mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit. Sumbernya saja berbeza, tetapi tetap mempunyai fungsi yang sama. Lebih hebat apabila sumbernya diambil dari sumber yang mempunyai ketahanan yang lebih tinggi terhadap ancaman mikroorganisma kerana persekitaran kehidupan serta pemakanan mereka. Contohnya, ayam kekal sihat walaupun minum air longkang dan lembu tidak perlu masak rumput sebelum makan, tetapi tidak alami masalah kesihatan akibat makan rumput mentah.

Apabila kita renungkan kembali, kita pasti akan mengkagumi kehebatan PENCIPTA segala kejadian ini. Dengan persekitaran kehidupan yang lebih mencabar, ayam dan lembu dikurniakan SISTEM PERTAHANAN BADAN yang lebih kuat agar mereka boleh hidup dengan persekitaran tersebut. Sama seperti manusia, maklumat awal berkenaan segala jenis mikroorganisma yang boleh mengancam kesihatan akan disalurkan kepada anak mereka melalui susu awal (kuning telur bagi haiwan bertelur). Apa yang terdapat dalam keduanya, MOLEKUL Transfer Factor.

Sesuai atau tidak MOLEKUL ini digunakan oleh manusia telah dijawab oleh saintis melalui kajian mereka dan kesimpulan yang dibuat ialah molekul ini bersifat non-species specific (maknanya, boleh dipindahkan antara satu entiti ke satu entiti yang lain). Rujuk journal/ kamus perubatan untuk mencari maksud Transfer Factor.

Pengedar 4Life mudah mengedarkan produk ini kerana sokongan dari kajian sebelum produk ini dikeluarkan serta kajian setelah produk ini berada di pasaran. Cuba anda selak kembali artikel saya yang lepas-lepas berkenaan kajian oleh Dr. Darryl See, (publish dalam PubMed) kajian oleh Doktor dan Saintis dari Alexandria University serta Tesis Master oleh doktor perubatan dari Universiti di Indonesia. Kesemua kajian tersebut menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat 4Life Research (anda boleh baca laporan penuh serta bahagian rujukan laporan-laporan tersebut di mana antara sumber rujukan mereka ialah laman web rasmi syarikat serta summary dari kajian yang dilakukan oleh saintis dari Russia - sumber summary tersebut pun diambil dari website pengedar).

Jika produk ini sama seperti produk makanan kesihatan yang lain, agak mustahil ianya menarik minat kalangan doktor serta akademik untuk lakukan kajian ke atas produk ini. Malah, hasil kajian juga amat positif hinggakan mereka mengesyorkan penggunaan produk ini bersama ubat (drug) yang biasa digunakan dalam rawatan terhadap sesuatu penyakit (dalam kajian mereka, penyakit yang dijadikan sebagai kes ialah kanser payu dara, pelbagai kanser tahap akhir serta HCV kronik/ Hepatitis C) kerana ianya sangat membantu.

Oleh yang demikian, saya tidak ada sebarang keraguan dalam mengesyorkan produk ini kerana percaya ianya bagus dan membantu dalam aspek penjagaan kesihatan mahupun membantu mereka yang sedang sakit. Apapun, saya hanya boleh menyampaikan kebaikannya berdasarkan apa yang saya tahu melalui kajian-kajian yang telah saya baca. Akhirnya, anda sendiri yang membuat keputusan sama ada untuk mempercayai serta menggunakannya atau mengabaikan maklumat ini begitu saja. Tugas saya hanya menyampaikan dan bukannya membuat keputusan untuk anda.

InsyaAllah, saya akan menulis berkenaan keadilan dalam sistem Network Marketing 4Life yang sangat jarang ada pada plan ganjaran syarikat MLM lain. Pasti ada yang tertanya mengapa ada syarikat menggalakkan ahli mereka (tetapi melalui leader atasan) membuat belian pukal hingga memaksa pengedar membuat pinjaman hingga puluhan ribu yang akhirnya membebankan ahli tersebut dengan hutang (pasti ada sebabnya). Perkara ini secara tidak langsung mencemarkan perniagaan berkonsepkan Network Marketing secara keseluruhannya.

Mungkin saya akan jarang menulis (bergantung pada kelapangan serta keperluan), jika anda pengunjung yang kerap mengunjungi blog ini, ambillah kesempatan untuk membaca kembali artikel-artikel saya yang lepas-lepas terutamnya yang berkenaan produk dan kesihatan apabila tiada artikel baru pada hari tersebut.

Untuk pengetahuan anda, PERNIM adalah sebuah pertubuhan yang mendapat tajaan produk serta bantuan kewangan dan lain-lain dari syarikat 4Life (di setiap Negara yang ada pejabat 4Life, beberapa pertubuhan kebajikan akan dipilih untuk menerima sumbangan berterusan dari 4Life). Artikel yang saya lampirkan (dari majalah Keluarga bulan Nov 2010) adalah berkaitan dengan penggunaan produk ini. Ianya belum menyembuhkan, tetapi amat membantu. Dari sini, banyak perkara yang boleh anda simpulkan berkenaan produk serta perniagaan ini.

SAMPAI MENYAMPAI


Salam,

LUANGKAN 10 MINIT MEMBACA ARTIKEL INI
SETELAH BERTAHUN-TAHUN MEMBERITAHU ORANG BAHAWA KEMOTERAPI SAHAJALAH SATU-SATUNYA JALAN UNTUK DICUBA DAN MELENYAPKAN KANSER, JOHN HOPKINS AKHIRNYA MULA MEMBERITAHU ANDA BAHAWA ADA JALAN ALTENATIF LAIN

1. Setiap orang memiliki sel kanser dalam badan. Sel-sel kanser ini tidak dapat dikesan dalam ujian-ujian biasa makmal patologi sehinggalah mereka telah membahagi menjadi beberapa billion. Apabila doktor mengatakan tidak ada lagi sel kanser di dalam badan selepas rawatan kepada pesakit kanser, ia hanya bermaksud bahawa ujian-ujian tidak dapat mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mereka belum lagi mencapai saiz yang dapat dikesan.

2. Sel-sel kanser wujud antara 6 kepada lebih 10 kali dalam hidup seseorang sepanjang hayatnya.

3. Bila sistem imun seseorang itu kuat, sel-sel kanser akan dimusnahkan dan dicegah dari melipatganda menjadi ketumbuhan.

4. Bila seseorang memiliki sel kanser, ini bermakna bahawa ia memiliki kekurangan nitrisyen yang teruk.

5. Untuk menyelesaikan kekurangan nutrisyen ‘multiple’, menukar diet dan menambah suplemen akan menguatkan sistem imun.

6. Kemoterapi melibatkan kaedah meracun sel-sel kanser yang cepat membesar dan pada yang sama membunuh sel-sel sihat yang cepat membesar di dalam sum-sum tulang, trek usus, testis, umbi rambur dan sebagainya, dan mengakibatkan kerosakan organ seperti hati, buah pinggang, jantung, peparu dan lain-lain.

7. Radiasi pula semasa membunuh sel-sel kanser, pada masa yang sama turut membakar, merosakkan dan mengakibatkan parut pada sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ yang sihat.

8. Diperingkat awal rawatan, kemoterapi dan radiasi selalunya mengecilkan saiz ketumbuhan. Bagaimanapun penggunaan berpanjangan tidak menghasilkan pemusnahan ketumbuhan.

9. Apabila badan menerima bebanan toksin berlebihan daripada kemoterapi dan radiasi, system imun akan samada menjadi terkompromi ataupun rosak sama sekali. Oleh demikian seseorang akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan komplikasi.

10. Kemoterapi dan radiasi menyebabkan sel-sel kanser bermutasi dan menjadi kebal dan amat sukar dibunuh. Pembedahan pula mendedahkan kemungkinan sel-sel kanser berjelera ke tempat lain.

11. Cara berkesan memerangi kanser ialah membiarkan sel-sel kanser berlapar dengan tidak membekalkan makanan untuk ia membiak.


SEL-SEL KANSER HIDUP DENGAN MEMAKAN:

A. Gula, adalah makanan utama. Memotong bekalan gula mengurangkan makanan utama sel-sel kanser. Gantian gula seperti Nutrasweet dan Equal dibuat dari Aspartame dan ini amatlah berbahaya. Gantian yang lebih baik ialah madu Manuka atau molass (gula merah) itupun dalam kuantiti paling kecil. Garam dalam pasaran mengandungi bahan kimia yang dicampur, menjadikannya putih dan ini tidak baik untuk badan. Altenatif yang lebih baik ialah Bragg’s aminos atau garam laut (ORANG BARAT MEMBUAT KITA MENUKAR DARI GARAM LAUT KEPADA GARAM BERIODIN PUTIH)

B. Susu menyebabkan badan merembeskan mukus terutamanya dalam trek gastro-intestin. Kanser hidup atas mucus. Dengan menggantikan susu kepada sususoya yang tidak dimaniskan, sel-sel kanser akan kelaparan.

C. Sel-sel kanser membiak dan selesa dalam persekitaran yang asidik. Diet yang kaya dengan daging adalah asidik dan baik digantikan dengan ikan dan sedikit ayam kampong. Daging daripada lembu dan ayam daging(ternakan komersil) mengandungi antibiotik haiwan, hormon dan parasit haiwan yang semuanya sangat berbahaya kepada orang yang mengidap kanser

D. Diet terdiri dari 80% sayur segar, jus, bijirin, biji, kekacang dan buah-buah kecil memberikan badan persekitaran yang alkaline. Kuranglebih 20% bolehlah dari makanan yang dimasak.jus sayuran segar membekalkan enzimhidup yang mudah lagi cepat diserap dan sampai ketahap sel dalamasa 15 minit yang menyempurnakan pemakanan dan mempercepat tumbesaran sel-sel yang sihat. Untuk mendapatkan enzim-enzim hidupyang perlu bagi membina sel-sel yang mantap, cuba minum jus sayur-sayuran segar dan menambah ulam dan sayur mentah 2 hingga 3 kali sehari semalam. Enzim rosak dan musnah pada suhu 40 selsius (104 F).

E. Elakkan meminum banyak kopi, campuran kopi, teh dan coklat kerana kandungan kafein yang tinggi. Teh hijau dan koko adalah pilihan yang lebih baik kerana mereka memiliki kemampuan membunuh kanser. Air – paling baik ialah meminum air yang ditapis alkali terion kerana disamping mengekalkan pH darah ia bebas toksin dan logam berat, ia membekalkan galian-galian pada saiz nano dan kaya dengan oksigen. Air suling dan RO adalah asidik, elakkan.

12. Protin daging sukar dihadam dan memerlukan banyak enzim penghadaman. Daging yang tidak hadam yang tinggal berbaki dalam usus bertukar mengakibatkan pengumpulan lebih banyak toksin.

13. Dinding sel-sel kanser memiliki lapisan protin yang kukuh. Dengan mengelakkan makan atau mengurangkan makan daging, keadaan akan menjadi kaya dengan enzim-enzim yang mampu menyerang dinding protin sel-sel kanser bagi membolehkan ‘sel-sel pembunuh’ badan memusnahkan sel-sel kanser.

14. Sesetengah suplemen (makanan tambahan) membina sistem imuniti (antioksidan, galian, vitamin, asid lemak essential dll) bagi membolehkan ‘sel-sel pembunuh’ badan membunuh sel-sel kanser.

15. Kanser adalah satu penyakit minda, badan dan ruhani. Semangat proaktif dan positif akan membantu pahlawan kanser menjadi pemenang. Sifat marah, tidak pengampun dan merajuk menjadikan badan bertukar kesuasana persekitaran yang terlalu tertekan (stress) dan asidik. Belajarlah menjadi penyayang dan pemaaf, bertukarlah kepada seorang yang tenang, relaks dan manfaatkan hidup ini.

16. Sel-sel kanser tidak dapat keselesaan dalam persekitaran yang banyak oksigen. Riadhoh harian dan mengamalkan pernafasan secara dalam membantu membekalkan lebih oksigen ke tahap sel(selular).


TOLONG TERUSKAN MEMBACA

1. tiada bekas plastik dalam ketuhar ‘microwave’
2. tiada botol plastik dalam ‘freezer’
3. tiada pembungkus plastik dalam ketuhar ‘microwave’

John Hopkins baru-baru ini telah pesanan ini dalam ‘newsletter’nya. Maklumat ini juga diedarkan dalam Walter Reed Army Medical Center, bahawa bahan Dioxin adalah penyebab kanser, terutamanya kaser payudara.

Dioxin amatlah beracun kepada sel-sel badan. Jangan bekukan botol-botol plastik berisi air kerana ini membuatkan botol plastik melepaskan dioxin ke dalam air. Dr Edward Fujimoto, ‘Wellness Program Manager di Hospital Castle telah menjelaskan bahaya kesihatan oleh dioxin dalam satu program televisyen. Beliau menjelaskan keburukan dioxin terhadap manusia. Beliau melarang membakar makanan menggunakan plastik dalam ‘microwave’. Ini terutamanya berbahaya bagi maknan yang mengandungi lemak. Katanya kombinasi lemak, suhu tinggi dan plastik melepaskan dioxin ke dalam makanan yang akhirnya memasuki sel-sel badan. Sebaliknya beliau menyarankan menggunakan kaca atau tembikar bagi memanaskan makanan. Kertas tidaklah begitu buruk kesannya tetapi kita tidak tahu apa didalamnya. Ianya adalah lebih selamat bila menggunakan kaca atau tembikar.

Alih bahasa oleh MAHADI BIN ARIFIN R. Ph 747

Artikel di atas diambil dari sumber asal (http://www.100percentnutrisyen.com). Website tersebut adalah kepunyaan seorang Pharmacist bertauliah. Saya mengekalkan teks asal dari sumber tersebut sebagai menghormati usaha yang telah dilakukan oleh beliau.

BILA TUNJUK PANDAI


Salam,

Artikel ini bagi menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh orang yang suka memandai-mandai dalam mengira kos produk yang dijual oleh syarikat MLM. Jika ikut kiraan mereka, harga produk dijual contohnya RM100 dan total bonus dibayar dalam rangkaian 50% maka kesimpulan mereka harga kos produk ialah RM50 dan dijual sebanyak RM100 kerana RM50.00 tu nak bayar kepada distributor. Lalu keluar pula hukumnya adalah RIBA dan sebagainya.

Berikut adalah contoh plan pemasaran yang saya ambil dari syarikat Storm Reader kerana mudah untuk anda semua buat kesimpulan nanti. Harga buku yang dijual oleh Storm Reader adalah sama atau lebih kurang sama dengan harga pasaran (jual di kedai), jadi mudah untuk anda buat kiraan sendiri.



Baiklah, sekali imbas anda akan melihat total pembayaran bonus (potential payout) adalah sebanyak 88%. Jika kita kira ikut pengiraan orang yang berlagak pandai dan kononnya tahu segala-galanya hingga menjadi ikutan orang pandai yang lain, berapakah harga kos buku yang dijual melalui MLM Storm Reader yang berharga RM30.00 sebuah (sebagai contoh).

Jika dikira ikut contoh kiraan aidid, harga kosnya hanyalah RM3.60 (RM30 - 88% total potential payout). Ya, RM3.60 dan dijual hingga RM30.00 kerana nak bayar komisen pengedar dan upline. Kahkahakahakahh, lojik ke? Harga dijual pulak sama antara kedai dan ikut cara MLM, RIBA ni, hahahahaa. Inilah cara penggiraan yang dibuat oleh mamat berlagak tahu segalanya tu kepada produk lain. Kesian UZAR sebagai panel syariah Storm Reader tak tahu langsung pasal RIBA ni. Kena menuntut dengan aidid pulak la Ustaz ni. Nampak tak pointnya di sini?

Nanti dulu, sebenarnya kiraannya bukan begitu, itu kiraan orang berlagak pandai je. Dalam MLM anda biasa dengar nilai mata yang dinamakan sebagai BV, PV, LP dan lain-lain. Ingat benda tu semua hiasan atau suka-suka je ke letak? Contohnya harga produk RM100, tetapi nilai matanya mungkin 20BV sahaja.

Apa gunanya nilai mata ni? Inilah dasar yang digunakan oleh syarikat MLM dalam pengagihan bonus rangkaian. Contoh, harga kos produk adalah RM70.00, jual RM100 dengan keuntungan RM30.00. Keuntungan RM30.00 tadi diberilah nilai mata sebanyak 30BV. Bayaran bonus pula mengikut peratusan, jika bonus 10%, maka ia merujuk kepada 10% dari 30BV = 3BV yang disamanilaikan dengan RM sebanyak 3 ringgit. Jika 20% maka dapatlah RM6.00. RIBA KE BANG?

Itulah pasal, bila nak tunjuk pandai, yang dijajanya adalah kepalsuan yang nyata. Ianya pula disebarkan oleh mereka yang sama-sama cerdik. Siap jatuh hukum RIBA sedangkan perkara asas ini pun dah silap.

Pengedar MLM mendapat komisen yang banyak setelah volume jualan kumpulan yang dibina banyak. Untuk tingkatkan volume jualan kumpulan, bukan boleh duduk goyang kaki. Kena BERUSAHA memberi bimbingan kepada downline dan dalam masa yang sama buat ceramah dan latihan. Mereka bukan duduk goyang kaki terima duit dari downline. Berdosa tu main tuduh-tuduh gitu. Yang di atas juga pernah juga jadi orang di bawah. Jika mereka berfikir macam tu (buat sebab kayakan orang atas), mereka takkan berada pada tahap hari ini. Sebab tu pernah diberitahu dalam blog ni, dalam MLM, leader hanya berjaya berada di atas setelah mereka membantu yang berada di bawah.

Ini belum masuk syarat-syarat lain untuk layak dapat bonus. Yang dinyatakan adalah potensi bonus. Kalau duduk diam ingat boleh dapat ke total payout tu. Bukannya masuk je sesuatu MLM, taja sorang dua dah layak dapat sampai ganjaran maksima. Platinum dalam 4Life hanya layak dapat insentif penuh setelah bertungkus lumus selama 6 tahun lebih. Untuk melayakkannya mendapat apa yang mereka dapat hari ini, beribu orang telah mendapat pendapatan sampingan dari sekecil ratusan ringgit hingga ribuan ringgit. Belum kira berapa ramai yang telah mendapat manfaat dari penggunaan produk.

Balik pada harga, nak tahu harga produk mahal atau tak, anda bolehlah cari barang yang sama di jual di kedai sebagai perbandingan. Jika ada yang sama dan ianya lebih murah, gunalah otak nak beli kat mana. Takkan ini pun nak kena ajar? Kalau dah tak ada jual kat kedai, nak kata mahal macam mana? Apa indicator anda nak kata mahal, apa pula indicator nak kata murah?

Sebab tu tak salah jika ada orang yang buat MLM kata mamat tu memang tak tahu apa. Tapi nak berlagak pandai punya pasal, redah je lah sebab yang ikut tu semua (yang banyak bagi komen) pun bukan tahu apa-apa. Kelentong je la, mereka percaya punya sebab mereka pun anti MLM jugak. Jadilah 2 x 5, asal puas hati dapat bantai orang MLM. Tak pe, yang buat MLM je berdosa, mereka mana ada dosa. MUNGKIN mereka dah ada green light dari langit untuk maki, hamun, aibkan orang, bodohkan orang dan sebagainya.

Apapun, Allah Maha Mengetahui Segalanya, semoga mereka mendapat petunjuk, benar atau salah apa yang mereka buat. Yang dok sama tumpang sekaki dalam ruangan komen tu, anda juga tak terlepas dari dinilai. Kiri kanan ada yang buka buku dan catit apa yang kita buat walaupun sekecil kuman. Jika tak tahu, jangan terlalu mudah ikut suka kita buat kesimpulan apatah lagi sampai jatuh hukum.


Ingatlah Pesan SNADA - JAGALAH HATI (Lagu Nasyid).